Bola sepak adalah satu sukan yang aktif dan bertempo tinggi. sukan ini terdedah dengan risiko kecederaan yang tinggi, jika tidak berhati-hati. Antara faktor yang boleh menyumbang seseorang pemain mengalami kecedaraan adalah:-
1. Badan tidak mendapat rehat dan persediaan secukupnya
2. kerap berlaga dengan pemian lain.
3. Kesalahan/kesilapan teknik
4. Gaya permainan terlalu berisiko
5. Bermain terlau banyak perlawan dengan jangka masa pendek
Bagi yang tidak tahu, hamstring adalah salah satu otot yang terletak di bahagian belakang peha. Dan mempunyai tiga bahagian. Fungsinya ketika bermain bola adalah untuk mengawal kelajuan kaki ketika berlari serta kuasa yang diberikan oleh kaki ketika melakukan rembatan.
Buku lali merupakan satu bahagian yang terdapat banyak ligamen yang menghubungkan tulang pada bahagian kaki Kecederaan ini boleh terjadi apabila melakukan kesilapan teknik atau body contact.
Terdapat 3 tahap kecederaan buku lali:
- Ligamen meregang (tahap 1)
- Sebahagian dari ligamen terkoyak (tahap 2)
- Koyak sepenuhnya (tahap 3)
Kecederaan lutut paling ditakuti oleh pemain bola sepak atau pun futsal. Di bahagian lutut, terdapat 4 ligamen yang sangat penting. Namun begitu, ligamen yang diberi nama anterior cruciate ligament atau ACL merupakan kecederaan lutut paling ditakuti oleh pemain bola sepak dan futsal. Kecederaan ACL ini boleh menyebabkan pemain untuk tidak beraksi untuk satu tempoh yang panjang, barangkali bertahun.
Masalah yang berlaku di bahagian keting ini merupakan masalah yang menyebabkan anda akan sukar untuk berjalan selepas beraksi. Masalah ini yang dipanggil sebagai shin splints dalam bahasa Inggeris, adalah berpunca selepas anda berlari untuk satu tempoh yang panjang ketika bermain. Ia terjadi selepas kaki terlalu banyak berkerja.