kem motivasi 3 hari 2 malam

Oleh : Kelab BolaSepak Lions Fc

Tarikh : 26 Jun 2024

Kuala Nerus, Terengganu – Kem 3 hari 2 malam dijalankan untuk memantapkan sahsiah para pelatih dari segi disiplin diri, akhlak dan juga menerapkan unsur keagamaan dalam diri setiap pelatih. Sepanjang kem ini dijalankan, semua pelatih dilatih untuk menepati masa dalam menghadirkan diri di setiap sesi yang dijalankan terutama sewaktu sesi training. Selain itu juga, setiap pelatih diwajibkan untuk melakukan solat Tahajud dan Dhuha sepanjang berada di kem ini. Seterusnya, melalui kem ini jugalah , dapat merapatkan hubungan dan menguatkan persefahaman  pelatih antara satu sama lain.