news

12 SEPTEMBER 2022 – Kelab Bolasepak Lions kini kembali beraksi !

Encik Mohd Mazuki akan membantu Lions FC selaku Jurulatih Kelab Bolasepak Lions FC. Kami percaya dengan pengalaman dan kemahiran Encik Mohd Mazuki dapat melahirkan pemain yang berkualiti untuk masa akan datang. Selamat menjadi sebahagian daripada Lions FC.

31 OGOS 2022 – Merdeka Karnival Bola Sepak Lions FC ⚽️

Telah berlangsungnya karnival bola sepak yang dianjurkan oleh Kelab Bolasepak Lions bertempat di SK Kompleks Gong Badak dengan kerjasama pihak sekolah, yang dirasmikan oleh YB Haji Bazlan, ADUN Batu Rakit. Terima kasih, YB sudi meluangkan masa bersama kami.

Karnival ini melibatkan pelatih-pelatih di akademi kami. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan sangat meriah. Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan hubungan dalam komuniti dan memberikan pendedahan kepada pelatih-pelatih bagi menghadapi pertandingan akan datang.

30 OGOS 2022 – Perjumpaan dengan YB Haji Bazlan bagi menjemput YB merasmikan Karnival Merdeka Bola Sepak Lions FC esok di Padang Sekolah Kompleks Gong Badak. Semoga dengan kehadiran YB dapat memeriahkan lagi program kami. Terima kasih YB.

 

27 OGOS 2022 – Barisan kejurulatihan Lions FC bersama dengan Presiden Lions FC‼️

Mereka ini adalah ‘legend-legend’ yang banyak memberi impak positif dalam arena bola sepak. Justeru itu, kami percaya dengan kebolehan, kemahiran dan pengalaman jurulatih-jurulatih kami dapat melahirkan pemain yang berkualiti dengan corak permainan yang terbaik.

26 OGOS 2022 – Kelab Bolasepak Lions kini kembali beraksi !

Seorang lagi kita tambah untuk membantu jurulatih penjaga gol. Encik Che Borhan akan membantu Lions FC selaku Pembantu Jurulatih Penjaga Gol Kelab Bolasepak Lions FC. Kami percaya dengan pengalaman dan kemahiran Encik Che Borhan dapat melahirkan penjaga gol yang berkualiti. Selamat menjadi sebahagian daripada Lions FC.

25 OGOS 2022 – Kelab Bolasepak Lions kini kembali beraksi !

Encik Mohd Mazuki (Bekas Ketua pasukan terengganu dan pemain kebangsaan)akan membantu Lions FC selaku Jurulatih Kelab Bolasepak Lions FC. Kami percaya dengan pengalaman dan kemahiran Encik Mohd Mazuki dapat melahirkan pemain yang berkualiti untuk masa akan datang. Selamat menjadi sebahagian daripada Lions FC.

22 OGOS 2022 – Memberi sumbangan makanan kepada pelajar Tahfiz dan berbincang serba sedikit rancangan aktiviti sukan seperti bola sepak bagi mengekalkan kecergasan dalam kalangan pelajar. Disamping itu, ia juga dapat mencungkil bakat-bakat baru dan memberikan pendedahan aktiviti luar kepada pelajar. In shaa Allah, pihak kami juga akan membantu Pusat Tahfiz dengan menyumbang beras setiap bulan bagi memenuhi keperluan mereka.

19 OGOS 2022 – Bersama MPKK Encik Wan Halim berbincang mengenai masalah bumbung sekolah yang memerlukan penyelenggaraan. Hal ini memerlukan tindakan segera kerana melibatkan keselamatan pelajar dan warga sekolah. Semoga ada penyelesaian dalam masa terdekat.

18 OGOS 2022 – Perjumpaan Presiden Lions FC bersama Encik Yus dari Kronos Academy di Pejabat Lions FC. Berbincang mengenai pembangunan bola sepak dan kerjasama yang ingin diusahakan dalam masa terdekat. Dengan adanya peluang seperti ini masing-masing dapat bertukar pendapat dalam menerajui kelab bagi membantu melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti.

18 OGOS 2022 – Pertemuan dengan pihak Arena Sport dan pihak Kronos membincangkan lebih terperinci perancangan untuk bekerjasama dalam menyediakan kelengkapan sukan terutamanya untuk Akademi Bolasepak Lions. Semoga dengan usahasama ini dapat membantu memudahkan perjalanan Akademi Bolasepak Lions untuk masa akan datang.

17 OGOS 2022 – Wakil Presiden Kelab Bolasepak Lions menyampaikan cenderahati untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak yang bersara di Sumai Hotel & Apartment. Semoga dipermudahkan semua urusan untuk masa akan datang.

13 OGOS 2022 – Sesi menandatangani kontrak bagi pihak pengurusan dan kejurulatihan di Pejabat Lions FC . Pihak kami berbesar hati kerana sudi bersama dengan Lions FC dan menjadi tulang belakang untuk Lions FC makin maju di masa akan datang. Dengan pengalaman pengurusan dan kejurulatihan yang ada, pasti dapat membantu mencapai kualiti bola sepak yang lebih baik. Semoga Lions FC menjadi kelab yang boleh dicontohi.

13 OGOS 2022 – Mesyuarat pengurusan Lions FC bagi memperincikan tugas masing-masing dan berbincang mengenai aktiviti yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Dengan adanya mesyuarat ini, kami dapat menyelesaikan masalah atau isu yang timbul dari segi pengurusan dan kejurulatihan. Semoga Kelab Bolasepak Lions akan lebih maju dan berjaya di masa hadapan.

13 OGOS 2022 – Bersama Encik Din dari CVE Sports, berbincang serba sedikit mengenai kelengkapan bola sepak. Semoga Kelab Bolasepak Lions dapat bekerjasama dengan pihak CVE Sports bagi memudahkan kelengkapan bola sepak. In shaa Allah, kita akan berbincang lebih lanjut mengenai kerjasama dalam masa terdekat.

12 OGOS 2022 – Perjumpaan ibu bapa dan guru guru bersama Pihak Lions FC di bilik seminar, SKKGB bagi memberi pencerahan mengenai hala tuju Akademi Bolasepak Lions dan aktiviti yang telah kami rancang. Dengan adanya perjumpaan seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk memberi sebarang cadangan atau berkongsi masalah yang mereka hadapi. Semoga penerangan daripada Presiden Kelab dapat membantu ibu bapa. Terima kasih kepada guru-guru dan juga ibu bapa atas kerjasama anda semua.

9 OGOS 2022 – Wakil Presiden Kelab Bolasepak Lions menyampaikan cenderahati untuk Tuan Pengetua, Encik Nawi bin Besar yang akan bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak menggantikan pengetua yang sebelum ini. Semoga dengan kerjasama Tuan Pengetua dan Pihak Lions FC dapat menaikkan lagi nama sekolah ke peringkat lebih tinggi. Salam perkenalan daripada kami.

7 OGOS 2022 – Kelab Bolasepak Lions kini kembali beraksi !

Tuan Haji Samuin akan membantu Lions FC selaku Penasihat kelab bolasepak Lions FC. Kami percaya dengan pengalaman Tuan Haji Samuin dapat membawa kelab yang berkualiti. Selamat menjadi sebahagian daripada Lions FC.

7 OGOS 2022 – Perbincangan dengan pihak Arena Sport untuk bekerjasama dalam membekalkan kelengkapan sukan bagi melancarkan lagi perjalanan Akademi Bolasepak Lions. Terima kasih pihak Arena Sport kerana sudi bekerjasama dengan Lions FC. Semoga hasrat kita untuk melihat industri bola sepak dan sukan di negara membangun dengan baik tercapai.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA NERUS, 2 Ogos.

♻️ KPIBKS Kuala Nerus telah mengadakan mesyuarat ke-2 bersama agensi kerajaan, Universiti dan Ngos utk merancang program & aktiviti daerah.
♻️Hadir sama Pegawai Khas Ahli Parlimen,UniSZA,UMT,ILP, LPPKN, PAD, PKD dan Lion FC.
♻️Program yg dirancang utk dilaksanakan:
®️Majlis Solat Hajat di seluruh Mesjid utk kesejahteraan murid.
®️ Ramah Mesra bersama kaunselor Menengah.
®️ Bengkel Menyantuni murid ketagih Vape.
®️ Tahsin Solat.
®️ Kem Patriotik Ting 6.
®️ Kuala Lumpur City College Turun Padang.
®️ Program Bimbingan Laluan Pendidikan Selepas SPM.
♻️KPIBKS berharap lebih ramai murid menyertai akademi bolasepak milik Lion FC.
♻️Bengkel Kepimpinan KPIBKS bersama UMT akan diadakan di Houseboat Tasik Kenyir pd 21-22 Ogos

4 OGOS 2022 – MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Secara rasminya Kelab Bolasepak Lions menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan SK Kompleks Gong Badak dan SMK Kompleks Gong Badak yang turut disaksikan oleh Tuan PPD Encik Abdul Hamid bin Yahya dan Penasihat Lions FC Tuan Haji Samiun bin Salleh. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Semoga dengan Perjanjian Persefahaman ini dapat memajukan industri sukan di sekolah ke peringkat lebih tinggi dan dapat bekerjasama untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti di masa hadapan

4 OGOS 2022 – Perbincangan akhir untuk persediaan menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Kelab Bolasepak Lions dengan SK Kompleks Gong Badak dan SMK Kompleks Gong Badak. Alhamdulillah, pihak kami dan pihak-pihak sekolah telah bersepakat untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman untuk membantu menaikkan lagi nama sekolah terutamanya dalam bidang sukan.

3 OGOS 2022 – Sekitar Majlis Perasmian dan Pelancaran Akademi Bolasepak Lions Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SMKKGB). Dengan pelancaran ini, secara rasminya Kelab Bolasepak Lions akan mencari bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah menengah sekitar Kuala Nerus. Semoga dengan adanya akademi bola sepak ini dapat membantu pelajar yang berpotensi untuk mencapai kualiti permainan yang lebih baik.

30 JULAI 2022 – Mesyuarat bersama Pengurusan Lions FC bagi membincangkan perjalanan aktiviti yang sedang berlangsung, menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan melantik ahli jawatankuasa pengurusan. Semoga pihak pengurusan sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai objektif utama kita.

30 JULAI 2022 – Kelab Bolasepak Lions kini kembali beraksi !

Encik Mat Yassin secara rasmi akan bertugas selaku Jurulatih pasukan bolasepak di bawah Kelab Lions FC. Kami percaya dengan pengalaman dan skill dari Coach Mat Yassin dapat melahirkan pemain-pemain bola yang berkualiti. Selamat menjadi sebahagian daripada Lions FC.

27 JULAI 2022 – Jemputan perasmian penutup Olahraga Lions FC-KGB Games di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. Hari ini dapat melihat kesungguhan pelajar untuk memberikan yang terbaik kepada setiap rumah sukan mereka. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Semoga dengan adanya acara seperti ini dapat mencungkil lagi bakat dan membawa sukan yang berkualiti ke peringkat yang lebih baik.

26 JULAI 2022 – Perjumpaan bersama Tuan Haji Fadhil Pengurus TFC berbincang serba sedikit mengenai bola sepak di negeri Terengganu. Terima kasih Tuan Haji kerana sudi meluangkan masa bersama pihak Lions FC. Semoga pertemuan ini dan akan datang dapat membangunkan lagi industri bola sepak di negeri Terengganu

23 JULAI 2022 – Kelab Bolasepak Lions kini kembali beraksi!

Encik Zubir Ibrahim secara rasmi akan bertugas selaku Ketua Jurulatih pasukan bolasepak di bawah Kelab Lions FC. Kami percaya dengan pengalaman dan skill beliau. Beliau pernah mewakili Terengganu FA dan Peringkat Kebangsaan. Semoga dengan ilmu dan pengalaman Coach Zubir dapat melahirkan pemain-pemain bola yang berkualiti. Selamat menjadi sebahagian daripada Lions FC

21 JULAI 2022 – Perjumpaan dengan Tuan Haji Ibni merangkap sebagai Penaung bagi Kelab Bolasepak Lions. Berbincang serba sedikit pembaharuan, hala tuju akan datang untuk menaikkan lagi nama Akademi Bolasepak Lions.

Terima kasih Tuan Haji atas perkongsian pendapat, semoga Kelab Bolasepak Lions akan menjadi salah satu kelab yang dicontohi dan melahirkan pemain yang berkualiti. 

21 JULAI 2022 – Pertemuan dengan Tuan Haji Ahmad Bukhori Ghazali Pengurus Besar Taman Tamadun Islam berbincang mengenai cadangan kerjasama antara Lions FC dan TTI untuk membuka Lions FC Lounge dan Sport Therapy .Semoga perbincangan ini dapat memajukan lagi Lions FC dan TTI pada masa akan datang.2

29 JUN 2022 – Kelab Bolasepak Lions bawah kini bakal kembali beraksi!

Encik Suhardy Alby secara rasmi akan bertugas selaku Jurulatih penjaga gol pasukan bolasepak kanak-kanak di bawah Kelab Lions FC. Kami percaya dengan pengalaman dan skill . Beliau juga pernah mewakili Terengganu FA, PKNS FC, PLUS FC, PULAU PINANG FA, PERLIS FA, JOHOR FC, dan T-TEAM FC. Semoga Coach Suhardy dapat melahirkan pemain-pemain bola yang berkualiti. Selamat menjadi sebahagian daripada Lions FC.

p/s- Pendaftaran sedang dibuka untuk kemasukan (training) July 2022. 

19 JUN 2022 – Encik Azman Bin Ahmad, bekas Penasihat Unit Pengurusan FELDA United FC secara rasmi dilantik sebagai Pengurus pasukan bola sepak Lions FC. Kami percaya dengan pengalaman dan skill dari Encik Azman dapat meningkatkan kualiti pengurusan Lions FC. Selamat menjadi sebahagian daripada Lions FC.

p/s- Pendaftaran sedang dibuka untuk kemasukan (training) July 2022. 

Terima kasih Tuan Haji atas perkongsian pendapat, semoga Kelab Bolasepak Lions akan menjadi salah satu kelab yang dicontohi dan melahirkan pemain yang berkualiti. 

2 JUN 2022 – Kejohanan Bolasepak Lions FC B12 Inter Rumah Sukan SKKGB 2022

Kejohanan ini melibatkan pertemuan di antara 4 buah rumah sukan iaitu Kuning, Hijau, Biru dan Merah yang telah berlangsung selama 2 hari di padang bola SKKGB. Kejohonan ini merupakan anjuran Lions FC bersama SKKGB bagi mencungkil minat dan semangat pelajar lelaki untuk bermain bola dengan sihat.

2 JUN 2022 – Kejohanan Bolasepak Lions FC B12 Inter Rumah Sukan SKKGB 2022

Kejohanan ini melibatkan pertemuan di antara 4 buah rumah sukan iaitu Kuning, Hijau, Biru dan Merah yang telah berlangsung selama 2 hari di padang bola SKKGB. Kejohonan ini merupakan anjuran Lions FC bersama SKKGB bagi mencungkil minat dan semangat pelajar lelaki untuk bermain bola dengan sihat.