PIALA MENTERI BESAR TERENGGANU AMATUR VETERAN
Bola sepak merupakan sukan yang diminati oleh semua golongan pada peringkat umur tidak kira anak-anak muda mahupun di kalangan veteran. Pertandingan bola sepak banyak dianjurkan untuk anak-anak muda bagi mencungkil bakat. Seperti yang diketahui, namun tidak banyak pertandingan bola sepak dianjurkan untuk kalangan veteran. Oleh yang demikian, Kelab Bola Sepak Lions ingin mengambil inisiatif untukmenganjurkan satu pertandingan bola sepak di kalangan veteran. Tujuan pihak kami ingin menganjurkan Kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu Amatur Veteran ini, adalah untuk melahirkan masyarakat veteran yang kekal sihat dan aktif dalam bidang sukan. Secara tidak langsung, dapat memberikan aktiviti kepada veteran-veteran yang telah lama tinggal dalam bidang sukan. Dengan itu, kita akan dapat menwujudkan negeri yang sihat. Pertandingan ini dianjurkan untuk menarik minat semua masyarakat setempat untuk menceburi bidang sukan yang dilihat mampu untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dalam memperkasakan lagi kemahiran yang sedia ada sekali gus memantapkan lagi sukan bola sepak di negara kita.
Perjumpaan kali pertama bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Ibni Amin Busu, untuk membincangkan tentang kejohanan yang ingin dianjurkan. Kejohanan ini akan melibatkan 8 daerah Negeri Terengganu.
Perjumpaan yang kedua, bersama dengan Ajk Tertinggi Lions FC dengan Pengarah Tuan Haji Ibni Amin dan Tuan Haji Md Noor bertempat di Pejabat Lions FC.
Semua berjalan lancar, mesyuarat bersama komuniti Majlis Sukan Negeri Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Mesyuarat semua wakil-wakil majlis sukan daerah untuk pembahagian kerja dan borang penyertaan.
Kejohanan terpaksa ditangguhkan kerana PKP, tapi perancangan untuk jalankan kejohanan ini masih lagi akan diteruskan bersama Pengarah MSNT yang baru Encik Ahmad Shahrizal bin Yahya dan Tuan Haji Md Noor. Doakan semoga kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar!!!